Sunday, 12 April 2020

Mutiara Kata Ahad


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, saya ingin berkongsi satu kata mutiara yang memberi kesan yang mendalam kepada saya.

Benar, kehidupan seperti laut, apabila ianya tenang, kita menggunakan nya untuk bersuka ria, mandi manda dan berkelah. Namun, apabila ianya mengganas, bangunan yang gah pun boleh runtuh.

Kita pula ialah pengemudi. Semuanya bergantung kepada kita untuk mengayuh dan menjaga layar kita supaya kita akhirnya sampai di daratan (impian). Jika kita gagal, maka karamlah kita ditelan ombak (kehidupan).

Saturday, 11 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Umum mengetahui komunikasi efektif amat penting, sama ada bersama dengan pasangan, dengan rakan sekerja atau dengan ketua pejabat anda.

Namun, tanpa kita sedar, kita yang membuat proses komunikasi tidak efektif. Apabila kita berbicara, kita asyik memandang catatan di atas kertas kita, tidak melihat reaksi, mimik muka orang sekeliling. Akhirnya, apa yang anda ingin bicarakan tidak sampai kepada penerima.

Justeru, sampaikan bicara dengan kesungguhan. Lihahtlah reaksi mereka, mimik muka mereka, buka ruang untuk mereka bertanyakan soalan. Nescaya, anda akan dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Wednesday, 8 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Groan VS Grown.

Groan bermaksud mengerang. Contoh ayat ialah "I am GROANing in pain (Saya sedang MENGERANG kesakitan)". Grown pula bermaksud membesar. Contoh ayat ialah "The tree has GROWN" (Pokok itu telah MEMBESAR)".

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa untuk join sesi LIVE kami untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁

Tuesday, 7 April 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamua'laikum dan salam sejahtera,

Tidak dapat dijadikan kita terbiasa dengan aktiviti harian yang membentuk tabiat kehidupan kita.

Kita makan nasi lemak kebenaran kita berulang kali, kita sarung pakaian kebenaran kita setiap pagi, kita memandu ke tempat kerja setiap hari kerja, kita lakukan tugasan kerja kita yang tetap, kita makan tengahari di restoran nasi campur yang biasa, kita makan bersama kenalan kita, berus gigi pun kita gunakan tangan yang biasa kita guna.

Jika hari-hari kita lakukan aktiviti yang biasa dan yang telah menjadi tabiat kita maka kehidupan kita sama dan tiada beza dari hari ke hari. Hari ini sama hari semalam dan sama hari kelmarin dan pasti sama dengan hari esok. Tanpa disedari hari kita tak ubah seperti salinan forostat hari-hari sebelumnya.

Ini amat merugikan kita. Maka ayuhlah kita corak dan warnakan hidup kita dengan aktiviti-aktiviti di luar kebiasaan supaya hidup kita bagai panggung sinetron yang menarik dan menyeronokkan.

Monday, 6 April 2020

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mutakhir, adab dan ilmu seperti sudah semakin menghilang. Anda boleh membaca sendiri post-post yang turar kebelakangan ini. Ada yang menghina si fakir miskin, dan ada juga yang mengeluarkan kata-kata kesat, mengejek, mengeji pegawai-pegawai frontliners yang bertugas demi menjaga keselamatan kita semua.

Saudara saudari sekalian, sekaya mana pun anda, adab dan ilmu tidak dapat dibeli. Jika anda disanjung tinggi oleh kekayaan anda, maka sanjungan itu akan terhenti apabila kekayaan anda telah habis. Namun, jika anda disanjung tinggi kerana adab dan ilmu anda, sanjungan itu tidak akan terhenti, walaupun anda mungkin tidak ada lagi di dunia ini.

Justeru, jadilah orang yang beradab dan berilmu, kerana ianya kecantikan hakiki.

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya rasa semua dapat memahami mutiara kata ini kerana kita dapat memerhatikanya di sekeliling kita.

Sebagai contoh, ada antara kenalan kita bekerja di luar bidang kepakaran nya, namun kerana ingin menyara keluarga, dia memaksa diri nya untuk meminati pekerjaan nya. Akhirnya, dia bersyukur dan meminati pekerjaan nya.

Ada juga kenalan kita yang bergaji besar dan bekerja di organisasi terkemuka. Namun, merasakan pekerjaan nya bercanggah dengan apa yang disukai nya, dia meletakkan jawatan, menjadi petani moden dan berasa bahagia dengan pilihan nya.

Semuanya terserah kepada kita untuk memilih.

Wednesday, 1 April 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ayat minggu ini ialah Dye VS Die. Walaupun sebutan sama, namun dye bermaksud mewarnakan [katakerja] dan pewarna [katanama] manakala die bermaksud mati [katakerja]. Jauh beza kan?

English With Azmi bersiar seperti biasa pada malam ini, pukul 8 malam. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma 😁😁😁